Isnin, 9 November 2009

Pengalaman buku ASB hilang

Minggu lepas aku kehilangan buku Akaun ASB aku. So, semalam aku meluangkan masa ke Cawangan Amanah Raya Malaysia di Shah Alam kerana nak dapatkan buku Akaun ASB yang baru. Mak ooi...kalau korang nak tahu punya lah susah nak dapatkan buku Akaun ASB yang baru. So, dipendekkan cerita setelah aku mengisi dua jenis borang aku dikehendaki membeli stem hasil bernilai RM10.00 ( sepuluh ringgit sahaja ) dan menampalkannya pada ruang yang disediakan pada borang tersebut. Akhirnya nombor giliran aku dipanggil dan diproses untuk mendapatkan buku Akaun ASB yang baru. Tapi korang nak tau.., sampai saja dikaunter aku dikehendaki membayar RM10.00( sepuluh ringgit sahaja ) lagi. katanya yuran buku. Jadi RM 20.00 lah aku kena bayar.

Kesimpulannya : Korang jagalah buku Akaun ASB korang elok - elok. Jangan sampai hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.